ELLMAYA: UniClay Debu Tanah Serbaguna UniClay Debu Tayamum Sertu 30g & 150g Debu Wuduk Tanpa Air
- Regular price
- RM 10.00
- Sale price
- RM 10.00
- Regular price
-
RM 40.00
Share
ELLMAYA: UniClay Debu Tanah Serbaguna UniClay Debu Tayamum Sertu 30g & 150g Debu Wuduk Tanpa Air
Penggunaan: tayamum dan sertu
Volume Type: 30g / 150g
Debu tanah yang suci untuk bertayamum sebagai pengganti air untuk mengambil wuduk, mandi wajib dan bagi sesiapa yang mengalami masalah kesihatan ataupun sebab-sebab lain yang memerlukan seseorang itu untuk bertayamum.
Tayamum adalah satu perbuatan yang menyapu debu tanah yang suci pada muka dan tangan sebagai ganti wuduk kerana tiada air atau penggunaan air terhalang kerana sesuatu benda seperti sakit. Hukumnya adalah wajib bagi orang yang sakit untuk bertayamum sebagai ganti wuduk atau mandi kerana tidak dapat menggunakan air.
(Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syarat Tayamum:
1. Mengetahui masuk waktu solat
2. Mencari air selepas masuk waktu solat
3. Menggunakan debu tanah yang suci dan tidak mengandungi tepung dan kapur.
4. Menghilangkan najis terlebih dahulu
5. Menentukan kiblat sebelum tayamum
(Sumber: Artikel Irsyad Hukum ke-186 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)
Rukun Tayamum:
1. Berniat
2. Menyapu debu tanah pada muka dan kedua-dua belah tangan hingga siku dengan dua kali tepukan
(Sumber: Artikel Irsyad Hukum ke-186 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)
Sertu adalah satu perbuatan yang menyucikan badan, pakaian atau tempat tinggal daripada najis mughallazzah seperti babi dan anjing. Proses sertu menggunakan tanah dan menggunakan air mutlak (bersih dan suci).
Kaedah Sertu:
1. Membuang dan membersihkan terlebih dahulu kekotoran dari najis mughallazah.
2. Membersihkan dengan menggunakan air yang sudah bercampur dengan tanah liat untuk basuhan pertama.
3. Membersihkan pula dengan menggunakan air mutlak (bersih dan suci) sebanyak 6 kali basuhan.
(Sumber: Jurnal Artikel Konsep Samak dan Sertu: Perbandingan Menurut Perspektif Islam 2023)
#sertu #tayamum