ELLMAYA: Debu Tanah Serbaguna Tayammum Sertu Samak 300g
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 30.00
Share
ELLMAYA: Debu Tanah Serbaguna Tayammum Sertu Samak 300g
Weight: 300g
Debu Tanah Serbaguna ini boleh digunakan untuk tayammum, sertu dan samak.
Debu tanah yang suci ini boleh diguna pakai untuk bertayamum sebagai pengganti air untuk mengambil wuduk serta mandi wajib, dan bagi sesiapa yang mengalami masalah kesihatan ataupun sebab-sebab lain yang memerlukan seseorang itu untuk bertayammum.
Tayammum adalah satu perbuatan yang menyapu debu tanah yang suci pada muka dan tangan sebagai ganti wuduk kerana tiada air atau penggunaan air terhalang kerana sesuatu benda seperti sakit. Hukumnya adalah wajib bagi orang yang sakit untuk bertayamum sebagai ganti wuduk atau mandi kerana tidak dapat menggunakan air.
(Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Syarat Tayammum:
1. Mengetahui masuk waktu solat.
2. Mencari air selepas masuk waktu solat.
3. Menggunakan debu tanah yang suci dan tidak mengandungi tepung dan kapur.
4. Menghilangkan najis terlebih dahulu.
5. Menentukan kiblat sebelum tayammum.
(Sumber: Artikel Irsyad Hukum ke-186 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)
Rukun tayammum:
1. Berniat
2. Menyapu debu tanah pada muka dan kedua-dua belah tangan hingga siku dengan dua kali tepukan.
(Sumber: Artikel Irsyad Hukum ke-186 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)
Sertu adalah satu perbuatan yang menyucikan pakaian, badan atau tempat tinggal daripada najis mughallazah seperti babi, anjing dan keturunannya.
(Sumber: Journal Artikel Konsep Samak dan Sertu: Satu Perbandingan Menurut Perspektif Islam, 2023)
Cara Sertu:
1. Basuhan pertama yang mencampurkan air dan debu tanah.
2. 6 Kali basuhan tambahan dengan air mutlak sahaja.
Samak adalah satu perbuatan yang menyucikan kulit yang najis (bangkai) untuk kegunaan tertentu.
(Sumber: Journal Artikel Konsep Samak dan Sertu: Satu Perbandingan Menurut Perspektif Islam, 2023)
Cara Samak:
1. Menghilangkan segala lendir, daging dan kelembapan yang melekat pada kulit.
2. Bahan yang digunakan perlu bersifat kesat di lidah seperti tawas, manjakani, kulit delima, daun akasia, bahan kimia dan seumpanya.
3. Bulu perlu dibuang dari kulit jika ada.
4. Kulit yang telah disamak sebentar tadi perlu dibasuh dengan air mutlak.
(Sumber: Journal Artikel Konsep Samak dan Sertu: Satu Perbandingan Menurut Perspektif Islam, 2023)